Sunday 10 August 2014

Cerita Hari Sabtu

Saya terima kad hariraya yang cantik dan comel dari Julie M akhir minggu puasa.  Terima kasih. Dalamnya ada free gift benih bunga morning glory. Suka saya...Kebetulan saya pun ada beli beberapa jenis benih bunga untuk di semai selepas raya nanti.





Benih Petunia dari Diana, Morning Glory dari EM Nursery dan Zinnia, Sunflower juga bachelor button empat warna dari Mieyza Dahlan. Semuanya memberi free gift. Terima kasih!


Saya juga dapat hamper baja percuma dari Che Wa. Di bawa khas dari kampungnya di Perlis. Setahun pakai tak  habis...


  Tapi hajat hendak menyemai jadi terbantut pula. Balik bercuti saya masih  tidak sempat untuk meneras tanaman saya sebab hujan turun tidak menentu. Sekejap sebelah pagi. Sekejap petang. Tengok laman homestay sudah jadi rimba cosmos.



 Bahagian dalam laman saya juga berserabut. Saya masih punya waktu lebih kurang 18 hari saja  lagi untuk meneras, sebab hujung bulan ini kawan baik sebelah rumah hendak kenduri kahwin anak sulungnya. Saya mesti bersih laman dan dalaman rumah secepat mungkin untuk persediaan tersebut. Pokok jambu bahagian ini pun mesti dikorbankan sebab daunnya banyak sangat gugur.


Sebab itu bermula seawal 7.30 pagi tadi saya mulai merumput di laman homestay dahulu. Untung cuaca agak redup. Saya terpaksa membuang sebahagian pokok cosmos yang penuh dengan bunga. Memang sayang tapi terpaksa sebab laman homestay dah jadi kelam.



 Ketika merumput, terdengar bunyi degungan yang cukup kuat di atas kepala. Seekor kumbang atau mungkin juga lebah - saya tidak pasti ID nya.  Terbang berpusing kehulu dan kehilir. Sangat agresif  dan garang. Tiada siapa boleh terbang berhampirannya. Semuanya dikejar. Samada kupurama, belalang dan lain-lain kumbang. Termasuk saya, beberapa kali juga dia berpusing bila melihat saya mendekati. Kuat dia berbunyi tapi dapat juga snap dari dekat. Comel juga dia...


  
 Kumbang hitam yang besar dua kali ganda dari badannya ini juga jadi mangsanya,  Di kejarnya berkali-kali. Akhirnya kumbang hitam mengalah dan berpuas hati dengan tersadai di atas bunga matahari kering. Tiada harapan nak menghisap madu cosmos.. 


Penat betul merumput sorang-sorang. Kastih dan Kaspin tidak meneman macam biasa. Masih fobia dan suka tidur didalam rumah sahaja.  Saya juga terpaksa memangkas daunan matahari dan kacang bendi yang besar merimbun sampai ketanah.  Satu dari pokok matahari batch kedua ini tinggi sudah melebihi 7 kaki.Terlajak subur.  Saya mungkin terpaksa guna tangga untuk snap bunganya nanti.

 Setelah lima jam berlalu, barulah nampak bersih dan cerah.



Scarlet O'Hara pun dah berbunga..


 
 Pagi ini juga jiran baik saya yang datang menjemur kain dipagar homestay sudah di sengat dengan penyengat jenis besar ini. Saya juga telah  dua kali di sengat  binatang ini pada bulan puasa lepas.. Jadi sudah dua kali sarangnya di spray dan dibuang, bertaburan mati. Tengok, masih aktif juga..


 
Closed up sarangnya.  Sakit, panas dan gatal. Itulah kesan gigitanya.


 
Saya juga memangkas pokok melur, garlic vine, fern  dan akar dani.


Pukul satu tengahari saya menamatkan kerja mengebun. Waktu inilah saya dapat menangkap belalang kunyit besar ini yang sering memakan daun pokok lotus saya. Nak bunuh kesian. Saya buang kaki belakangnya dan hantar dia kepokok sekentut dibelakang rumah. Duduk kau di situ...


Daun lotus yang  jadi begitu rupa. Daun MG  dan daun ati-ati pun ada peminat tersendiri...


Selesai  merumput barulah saya menyiram. Waktu itulah  saya terlihat seekor belalang semacam sedang beraerobik...rupa-rupanya dia  sedang menyalin kulit.

 










































































































20 comments:

  1. Kerja keras Kak. Hari ini tak banyak yang saya kerjakan di kebun. Memangkas daun- daun tua dan merapikan 'jungle'. Tak sabar ingin melihat morning glory Kakak yang baru.

    ReplyDelete
  2. Memang kena kerja keras Endah. Dalam tempuh dua minggu saja dibantu hujan yang turun hari-hari sekejap saja laman kakak jadi rimba.
    Dalam tempuh enam bulan lepas tak ada satu pun morning glory baru yang menjadi. Berkali-kali beli dan tanam tak berjaya juga. Cuma yang tanam bula puasa lepas nampaknya OK. Membesar eluk. Sudah nak berbunga dalam waktu terdekat ini. Dan benih yang paling baru pula dalam proses penyemaian.

    ReplyDelete
  3. salam kak mala;
    sayang nyer tgk cosmos...ke korban mcm tu... dan baru tahu belalng pun bersalin kulit...foto2 kak ni mmg pro la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ana..memang sayang sangat cosmos tu..tapi dia terlajak subur, dah tenggelam separuh tanah homestay.
      Banyak jenis serangga menyalin kulit termasuk belalang..
      Foto-foto kak tu, sometime ada risiko juga waktu nak ambil. Mcm gambar penyegat tu masa masih hidup, terketar-ketar juga sebab takut dia serang.

      Delete
  4. Scarlet Ohara saya 2n generation baru nak naik... semoga ada hujan turun ketika saya tiada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu-satunya MG kat rumah akak yang tahan lasak, dia ni la..

      Delete
  5. Syukur Alhamdulillah Selamat Terima biji benih petunia.
    Rasa ok lagi suasana di homestay nampak meriah pasti yang tumpang duduk suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arini baru nak semai petunia. Semalam semai MG. Harap2 tumbuh.
      Homestay tu tuan dia tak peduli lansung kawasannya sebab dia buat untuk suka-suka saja. Dulu lalang sampai nak tenggelam rumah baru dia panggil orang potong rumput. Sejujurnya kak risau kalau ada orang masuk...hehee..takut bebudak cabut pokok bunga. Dah biasa kena. Bunga kena kidnap pun ada..biasala..yang minta pun ada..

      Delete
  6. Waaa separuh hari akak bersama laman...suka dengan cerita pengembaraan laman akak ni...sy punya pun dah lama tak di kemas kini...benih2 bunga tu buat sy semangat juga nak menyemai...

    ReplyDelete
  7. Sudah selesai semai benih-benih baru. Harap2 semuanya tumbuh..

    ReplyDelete
  8. rajin tuan tanah..patutlah tanaman menjadi..

    ReplyDelete
  9. Semak dgn pokok bunga cantik sejuk mata memandang.
    Macam sayang kakak tengok pokok bunga tu kena buang
    Lepas ini akan bercambah benih bunga barulah mestinya...
    Seronoklah kakak tengok..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang buang tu bukan apa..takut semak laman orang sama. Walau tuan dia sedikit pun tak peduli dan komen apa2 ..tapi kak tetap tak boleh over2 juga...

      Delete
  10. Masha Allah, banyaknya flora dan fauna menghiasi laman

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Kak, Salam Jumaat & selamat hari raya, bestnya tgk 1st pic kad raya Julie pulak tu hihi :) so glad kakak dh terima dgn selamat, benih2 tu kakak dh tanam? Julie beli benih tu dari Mieyza Bintulu, Julie dh tanam benih MG tu & dh pun bercambah, cuma Julie agak peliklah daun MG jenis ensign ni Julie tgk macam daun sawi yg berbulu je, Julie pun 1st time tanam MG, so Julie mmg x tau langsung dgn ciri2 daun MG ni, nampaknya nak kena study dr old timer mcm Kakak & kak Diana ni hehe, Dlu kawan sekerja Julie pernah bagitau kalo dsengat tebuan @ lebah cepat2 ambil cuka & siramkan kat tpt sengatan tu, petua org dulu2 dia kata, Julie pun pernah gak dsengat penyengat ni, mmg sakit, hehe....Julie tertarik sangatlah dgn bunga kosmos kakak tu, single petal, Julie tanam double petal, color kuning pucat, kuning terang & jingga, bleh trade dgn kakak seeds tu, kalo kakak berminat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Julie.
      Kak pun order dari dia juga. Ensign blue ni kak tak tau la daun dia yang bagaimana. Dua kali tanam dua kali mati. Benih tumbuh tapi mati masa daun dia kecil lagi. Tapi ada setengah daun MG yang berbulu pun. Benih MG navy stripe kak beli dari dia dah bunga pun kemarin. Tahan sampai kepetang. Cantik color dia. Biru stripe putih. Bunga pun besar.
      Eh, kak nak sangat trade in dengan Julie si cosmos tu. Benih dah ada cuma nak kena jemur dulu sebab disini hari-hari hujan. Bunga yang ini besar Julie tapi kak tengok sekarang ada sesetengah bunganya dah jadi lapis-lapis pun. benih asal 1 layer saja.

      Delete
    2. Ok kak, nanti Julie sendkn semua color yg Julie ada, sukanya Julie dgn cosmos ni, senang tumbuh & berbunga selalu :)

      Delete
  12. salam syawal..indahnya blog my green eyes ini, penuh dengan keindahan alam dan rasa kagum dengan PenciptaNya.. Maha Suci Allah, ana follow #43 di sini untuk lebih mengenali insan bernama Normala Saad dan kisah alam sekelilingnya yang sangat indah.. Insyaa Allah kita jalin kan ukhwah disini.. :)

    ReplyDelete
  13. Salam Syawal Ana. Terima kasih dan moga jalinan di alam maya ini berkekalan.

    ReplyDelete