Tuesday 4 March 2014

My Pelam Sala - 2

Sala. Itulah nama mempelam yang sedang berbuah lebat di laman saya sekarang ini. Sama nama dengan company saya bekerja. Saya sendiri tidak pasti kenapa buah ini  dinamakan demikian dan apa maksudnya. Malas nak tahu sejarahnya. Cuma yang pasti di Kedah  ada satu tempat yang namanya sedemikian - Sala.

Ini tuaian pertama dari musim kedua. Hubby sibuk nak peram. Testing cukup manis tak.  Musim pertama dua bulan lepas dah habis buat pesta garam belacan untuk kawan-kawan. Musim kedua niatnya nak jamu kawan-kawan dengan pulut mempelam pula.

Untuk elak dari rasa geram dan ditenung oleh peminat, saya sarungkan dengan guni bawang besar. hehehe...

 Sebahagian dari pandangan bahagian atas, Pokok kecil saja. Kesian juga tengok dia terpaksa memikul bebanan berat buah yang berketul-ketul

7 comments:

  1. Lebatnya kak! Kat sini baru berbunga..

    ReplyDelete
  2. Memang lebat kali ni. Kat mana-mana tempat di Langkawi saya lihat mempelam begitu lebat berbunga tahun ini.

    ReplyDelete
  3. K.mala musim kali ni mmg menjadi2...kat sini setiap pokok bergugusan berbunga....akak ada buat treatment apa2 ke pokok kecik tapi byk buahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada apa2 treatment. Baja pun tak pernah.

      Delete
  4. assalamualaikum kak. dulu masa duk perlis memang tak lepas beli mempelam sala ni. kadang2 ada yang saiz besar lg. yang ala2 baru nak masak tu cicah ngan kuah rojak mak bee, memang mengancam. sekarang dah duduk terengganu tak der la nak jumpa sala lagi. rindunya.

    ReplyDelete
  5. Salam. Ya la kat perlis tu lagi la tempat dia pelam ni. Orang Kedah kata gu pula dengan Rojak Mak Bee,sedap..... tapi kak tak makan pelam muda. Sikit2 tu boleh lah.

    ReplyDelete
  6. sedapnye...makan buat jeruk...nyum2....

    ReplyDelete