Saturday 18 January 2014

Make Over

Saya memang suka kelainan. Jadi saya ubahsuai tingkap bilik utama dari luar dengan bingkai kayu. Kemudian saya berfikir..cat luar pun patut tukar juga..
Bingkai ini saya khaskan untuk morning glory memanjat. Benih dari warna scarlet,ungu dan biru sudah pun tumbuh dan dalam proses pembesaran. Saya cuba-cuba bayangkan..wah tentu cantik bila tiba musim kembang. Merayap di tingkap dengan penuh warna warni...penuh ceria. 

Proses Pengecatan. Tender buka pada menantu sendiri...

Proses pembingkaian. Pun menantu dapat projek ni...

  
Tiba-tiba saya teringat pada pokok antigonon/air mata pengantin yang saya beli dua bulan lepas masih belum ada tempat yang sesuai untuknya. So..nak letak siapa ya, antigonon atau kembang pagi..?
 Akhirnya saya membuat keputusan meletakakkan air mata pengantin disitu.Bunga ini bagi saya cukup klasik dan penuh memori . Ia mengingatkan saya pada sebuah rumah yang sangat saya suka lihat sewaktu kecil dulu. Pagar kayunya yang bercat putih penuh dengan rimbunan bunga-bunga kecil warna pink tersebut.  Saya ingin sekali lagi melihat kuntum2 kecilnya kembang berjurai. Harap-harap ia sesuai di situ.

4 comments:

  1. Bunga air mata pengantin ni memang cantik sangat kak, saya pun suka sangat tengok bunganya yg warna pink tu, best2......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya la Julie kat Langkawi sangat susah nak dapat bunga ni. Ini pun nasib ja. Kebetulan koleksi lama tuan punya nursery. Masa kak beli dua bulan lepas ada dua ranting ja ..Julie bila nak kasi alamat. Nanti senang kak hantar pokok ati2 & portulaca..

      Delete
    2. dah masukkan kat contact form tu kak hehe

      Delete
  2. cari tak jumpa pun Julie. Ni contact kakak normei2502@yahoo.com.

    ReplyDelete