Wednesday 8 January 2014

Farewell to Scarlet O'Hara

Setelah  berbunga hampir sebulan, morning glory Scarlet O'Hara dah menuju kehujungnya. Mula2 tengok daun menguning, ingat tak cukup air, rupa2nya tidak. Singkat saja jangka hayatnya. Benih-benih pun dah boleh di tuai. Empat hari lepas saya ambil dua biji benihnya dan tanam. Hari ketiga dah tumbuh. Saya dah dapat second batch. Hari ini saya tabur lagi biji benihnya. Saya merancang untuk biarkan dia memanjat pada frame yang saya akan buat dan lekapkan ditingkap depan rumah. Morning glory heavenly blue dan Fuji yang beli dari Kebun Bahagia Bersama dah pun tumbuh. Saya nak satukan mereka bertiga di frame tersebut.

Zaman Kemilangan...

Scarlet dah mulai menguning separuh pokok

Benih-benih mulai membesar

Benih sulung 2 biji saja..

Dah banyak yang kering..

Heavenly Blue umur 3 hari dah tumbuh

Fuji 3 hari juga tapi belum tumbuh


Heavenly Blue dah seminggu..
                   

Seminggu..Fuji akhirnya tumbuh juga 4 pokok tapi mati pula sepokok beberapa hari kemudian. Terkini Fuji membesar dengan fizikal yang lebih besar dan kelihatan sangat subur. Mengalahkan Heavenly Blue yang tiba2 nampak lemah.








No comments:

Post a Comment