Monday 4 November 2013

Yang Beli dan Yang 'Ambil'

Jom lihat apa yang saya beli  dan apa yang saya 'ambil' di sepanjang lawatan saya dan Wawa ke nursery2 sekitar Langkawi kelmarin.


Pokok bunga angelonia dari nursery Lee. Yang panjang tu warna purple dan yang pendek putih. Setiap satu RM5.00.

Juga dari nursery Lee, tanah compos. RM5.00  sebungkus dengan berat  9 kilo tiap satu. Saya beli 2 bungkus. Pokok paku RM5.00 satu. Atas yang tertiarap tu pokok kemboja  ( ada orang panggil bunga kubur )  Sebelum ke nursery kami lencung ke pekan Kuah sebab Wawa nak photostat.  Dah terlanjur,  kami ke Pekan Rabu pula.  Kidnap pokok kemboja bunga merah menyala. Banyak di tanam sepanjang bangunan.  Masa kami tengah sibuk nak masukkan dalam buntut kereta, peronda polis lalu dan hon-hon kat kami. hehee...peace cik gu! hari ni hari raya..jangan mare......
Mmmmm...dapat juga beli pokok bunga lotus. Lee cakap ini dari jenis lotus Siam. Sekitar 2006 saya pernah tanam lotus kampung. Bunga merah kecil saja. Beli di nursery Pak Chat RM7.00 sepokok. Dulu yang banyak jual pokok lotus jenis Siam ni ialah nursery  Cikgu Rashid di Kelibang. Pernah beli tanam di hotel tempat saya bekerja. Sepasu RM32.00 warna putih dan merah. Punya la cantik bila dia keluar kuntum2 bunga. Guest kebanyakan terpegun dan ambil gambar.


Pokok Lada beli di nursery Cikgu Dark. Nak kena tukar pasu besar dan buat penyokong untuk dia memanjat. Di rumah lama dulu pernah tanam.  Kecil saja pokok dia dah naik buah. Sempat la buat kering beberap lama. Waktu berpindah saya tidak bawa. Tinggal kat Tuan Rumah. Tapi akhirnya pokok tu mati terbiar didalam rimbunan pokok kaduk yang  membiak di belakang rumah.


Dan ini pula pokok bunga kembang pukul sepuluh ( Turnera Ulmifolia ) Warna kuning. Ambil depan bangunan futsal . Nak tanam depan homestay Gee.

               Baja Ikan dari nursery Cikgu Rashid. Yang pellet warna hitam. Bau dia kuat macam ikan kering



Tanah yang di adun sendiri untuk tanam pokok2 di atas. Tanah kuning ambil di rumah mertua Wawa di Kilim. Pasir dari rumah Fuziah dan tanah compos Lee.

No comments:

Post a Comment