Tuesday 12 November 2013

Si Chome Lote


Itulah perkataan yang saya dapat berikan pada yang empunya bunga yang saya ingin kisahkan kali ini. Chome Lote bahasa orang utara bermaksud comel/kecil molek atau cute lebih kurangnya dalam bahasa Inggeris. Pertama kali saya melihatnya sekitar awal 90an di tepi kedai Pajak Gadai sekitar Pekan Kuah. Kebetulan tempat kerja saya berdekatan dan saya selalu melalui kawasan kedai tersebut. Ketika  itulah saya mula melihat si chomel lote ini. Kuntum2 kecil warna ungu memenuhi seluruh permukaan pasu. Bunga apa ni....daun sebiji macam rose jepun tapi apasal bunganya kenit sangat. So cute.... Saya tidak mengambil masa yang lama untuk memilikinya dan begitulah juga sifatnya, tidak mengambil masa yang lama untuk membiak Dalam masa beberapa bulan saja saya boleh jumpa pokok2 ini semerata tempat kawasan rumah. Bila berpindah, dia pun ikut serta. Setelah hampir 7 tahun di sini, saya boleh jumpanya berselerak sepanjang jalan sejauh 400 meter dari rumah. Biji benihnya begitu banyak,kecil dan senang diterbangkan oleh angin. 


Gambar ini di ambil baru2 ini ketika saya mengambil tanah longkang yang dikorek dan ditinggalkan ketika kerja2 pembersihan dilakukan di sekitar perumahan. Dia pun ada disitu juga. Jarak lokasi lebih kurang 200 meter dari rumah.

Ini berkembang di belakang rumah jiran saya Che Fauziah.


Dan ini pula berselerak di depan homestay Gee, juga jiran saya.

No comments:

Post a Comment