Sunday 24 November 2013

Petunia Oh Petunia..!

Program siang tadi ialah membeli pasu bunga dan nak melihat nursery yang jual petunia di Kedawang. Tapi seperti biasa kami bertiga akan membeli lebih dari apa yang di rancang. Singgahan pertama di nursery dekat Mata Ayer. Banyak pokok bunga di situ. Juga pasu-pasu. Mata ni meliar tengok pokok petunia yang kebanyakkan sudah tidak berapa cantik dan segar.  Berapa harga...? Pelayan berbangsa Siam jawab selamba saja ' ...satu pasu RM30.00...' Ha? mak datuk....ma@@## nya  harga ko...Che Wa beli pasu kecil. 4 biji RM10.00. Lupa pula nak ambil gambar pokok2 disitu.
Kemudian sampai di nursery ( rumah saja ) Kedawang. Cantik juga bunga2 petunia dia. Lebih segar dan meriah warnaya. Saya beli satu yang warna purple. Tawar-tawar dari RM27 dapatlah RM22 sepasu....ambil saja la. Dah berkenan....




2 comments: