Saturday 2 November 2013

Dewali Morning - Homestay Gee

Happy Dewali! Ha, ini kisah pagi Sabtu. Cuti. Awal pagi ini saya ke homestay sebelah cakar rumput kering. Cuaca cerah dan agak panas walau pagi masih awal. Kalau tidak hujan petang nanti bolehlah dibakar. Sebenarnya rumput2 ni sudah lebih seminggu dipotong tapi dek hujan memanjang saya tidak dapat menolong Gee tuan punya rumah untuk membakarnya. Saja seronok buat kerja sukarela.  Geng2 saya mencadangkan tanah yang lapang tu dibuat kebun macam tahun lepas. Tapi itu dulu, rumah ni belum di buat Homestay. Sekarang kena minta izin Gee terlebih dahulu la. Benih sayur dah ada dalam stok...bayam, bendi dan sawi putih dan kacang panjang. Harap2 Gee izinkan..
Semalam dah janji nak bawa Wawa lawat nursery2 sekitar Langkawi. Dia nak beli pasu dan piring pelapik. Saya pula nak beli tanah dan riki2 pokok la. Apa lagi. Mungkin lepas masak baru boleh pergi. 
Seperti biasa saya tidak melakukan kerja ini seorang. Peneman setia sedia bersama.. Anak dara saya berdua tidak berminat lansung dengan pokok bunga. Sama juga Si Abang. Masing2 masih berdengkur di bilik. NO HELPING HAND. Mujur ada supervisor dua ekor ni. At least bolehlah bawa2 menyembang..... kalau tak bantu pun.

Rumput kering yang dah dikumpul.


Asyik duk melompat atas rumput yang saya cakar. Apa lagi kena marahlah. Terus tak berani datang. Si Kaspin dok usha ja dari jauh...tak puas hati la tu. Nak menyibuk juga. Pokok bunga kiri kanan di Homestay ni saya letak petang semalam. Tumpang sekejab. Garden saya under construction.


Tengok Kaspin, nak menyibuk juga. Kena marah pun tak peduli..datang juga..cium cadar yang saya sidai kat pagar.



Kastih tersentot bila kena jerkah dengan saya. Tak berani nak ikut mak dia. Dok intai ja la balik pokok Ati-Ati. Pokok ini saya ambil dirumah kakak ipar di Generi Sik. Kat rumah dia punya la cantik, sebab pokok tu subur dan besar. Tanah kampung mesti eluk. Memandangkan ruang dirumah padat jadi saya sedekahkan kat Homestay Gee.


Rose Jepun, Bunga Loceng dan Desert Petunia sedang berkembang. Saya tanam sepanjang depan homestay Gee. Asalnya dari lebihan pokok2 yang ada. Saya cukup sayang nak buang pokok. Sebab tu saya buat batas dan cucuk2 kan disitu. Sebelum ini tapak ini saya tanam pokok sawi dan tembikai. Sampai boleh beri pada jiran dan kawan. Gee cukup suka dengan bunga2 ni..Semuanya tanam atas jalan ber tar. Sapa kata tak boleh?



Gee datang bersama suaminya. Kuat dia jerit ' Weiii....Kak Mala . Cantik rumah kami..' Dia dan suaminya cukup happy tengok dua pasu pokok ada kat kiri kanan depan rumah. Lebih happy bila Gee bagitau dia mengandung anak kembar. Wah..rezeki tu..Tahniah!




Gee dan suami datang cuci homestay sebab ada guest masuk hari ini. Mmh, tak boleh bakar rumput la..





No comments:

Post a Comment