Thursday 19 October 2017

Bunga Tongkeng - Tonkin Jasmine

Mula dengar nama bunga ini sekitar tahun 70an masa berbual pasal pokok hutan bersama arwah nenek dan emak. Ketika itu saya di awal usia belasan tahun.  Sangat wangi ujar mereka. Kami adik beradik ketawa kerana namanya kedengaran agak pelik. Masa tu tak pernah dapat bayangkan bagaimana rupa bunga ini. Lagipun kata mereka cuma boleh jumpa dipinggir hutan saja. Saya beranggapan orang tidak  menanamnya sebagai pokok hiasan di rumah.

Hampir 40 tahun berlalu, barulah saya dapat melihat bunganya didepan mata. Sangat comel.

Pokok ini juga menjadi buruan peminat bunga nadir dan boleh di beli dengan mudah secara online. Di rumah saya biarkan ia melilit di tiang dan menjalar hingga kesiling  porch. Rasanya pokok ini boleh merimbun dan lebih sesuai dibuat para.

Pemberian dari kawan awal tahun ini. Tak sedar pun bila masa kuntumannya hadir. Tahu-tahu dah berjuntaian di atas. Saya ingat pokok ini  asalnya pokok tempatan tetapi melalui pembacaan rupanya ia berasal dari negeri Cina dan dikenali dengan pelbagai nama. Waktu  dinasti manakah ia dibawa masuk ke sini?

Pertama kali kembang. Terketar-ketar juga saya menginjat atas bangku untuk ambil gambar. Paling teruja nak cium aromanya. Memang wangi. Nyaman saja baunya. Seakan kombinasi bau lemon dan jambu saya rasa. Kata orang bunga ini lebih berbau harum pada waktu malam. Bunga dan pucuk tongkeng ini juga kaya dengan karbohiderat, protin dan vitamin A.

...dan juga dijadikan bahan masak. Bunganya boleh dibuat kerabu, sup dan gorengan.  Saya cuba resepi yang paling mudah dan lazim. Goreng telur bertongkeng walau bunganya belum habis kembang. Terujanya nak rasa, sedap tak?

Mmmm...beginilah kejadiannya. Sengaja tak campur bawang dan cili. Nak nikmati rasanya yang sebenar. Bila gigit dan kunyah masih terbau aromanya didalam mulut. Siapa yang tanam pokok ini bolehlah cuba memasak.


Ok kawan-kawan please take care. Happy blogging & happy gardening!
.....and happy deepavalli for my indian friends.

40 comments:

  1. Cantik bunganya. Boleh dimakan Pula Tu mmg rare pokok ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah mula dikenali pokok ni. Dulu2 susah sangat orang nak tanam.

      Delete
  2. Dimana mahu dapatkan benih atau anak pokok ni ya puan... dah lama mencari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sara boleh contact kat page seller on line. NorSham Home Nursery phone 019 3618329 atau page Normala Kamis Kaseh Herbs. Cuba tanya depa ni.

      Delete
    2. ok, Terima kasih ya puan.

      Delete
  3. Bau bunga nie sedap, hari tu petik bunga2 nie kt pagar orang cina (laluan gi kerja) dia nak bagi banyak, tapi sbb tak pernah makan lg tu segan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok kak baru berlajar bunga. Nanti bila banyak sikit baru boleh cuba buat sup atau kerabu pula.

      Delete
  4. oo baru tahu boleh buat makan. saya tak pernah tengok camni

    ReplyDelete
  5. wahhhh boleh makan rupanya....nak kena try ni...hahahahaha tq for the infos..

    ReplyDelete
  6. First time saya dengar rasanya ni NS....Bunga pun cantik. Berbaloi jugaklah menananm bunga ni ye NS kalau boleh dimakan sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya la...tak banyak ada bunga wangi yang boleh dimakan.

      Delete
  7. Tongkeng? kelakar jugak nama! ;)
    Tak pernah dengar and lihat bunga nie! Cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kelakar namanya kan. Kita kalau tongkeng tu teringat kat tongkeng ayam lah...hahaha..

      Delete
  8. BUNGA TONKIN NI HARUM SGT TAPI XTAU PULA BOLEH DISAYUR...TKSH INFONYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru setahun ni tahu dia boleh dimakan. Masa arwah nenek & mak cerita cuma baunya yang wangi saja.

      Delete
  9. I agree! Those who have this flower must try to make this omelette. I think the flower makes the omelette taste really special, yum!

    ReplyDelete
  10. Ya Steph, must try! I can't wait to cook the next recipe..

    ReplyDelete
  11. Dulu arwah ibu pun ada cakap...bunga ni boleh dimakan.Tapi tak pernah cuba pun sebab sayang nak petik ... baunya wangi sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul pun..sayang nak petik kan. Wangi. Ada kawan fb saya yang tanam pokok ni tengok bunga dia naik berketul-ketul. Sekali kutip semangkuk dapat.

      Delete
  12. Belum pernah buat masakan lagi.
    Boleh cuba try nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya teruja nak cuba buat kerabu tapi bunga pula tak berapa nak meriah lagi..

      Delete
  13. Bunga ni saya biasa tengok tapi tak pernah tanya orang tentang nama dia. Best jugak nama tu. Tongkeng dah nak dekat dengan bunyi tonggeng.

    Saya pun tak tau bunga dia boleh kita makan.

    ReplyDelete
  14. Sudah lah cantik , harum pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka kalau lalu bawah bunganya...bau segar & nyaman.

      Delete
  15. Tanya tauke Cina yang jual pokok ini kata mereka campur dalam sup.
    Memang kuat memanjat pokok ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...orang Cina suka buh dalam sup.Kak belum cuba lagi.

      Delete
    2. dkt mana ye saya boleh dptkn bunga tongkeng ni? area mana?

      Delete
  16. Cantiknya.. Segar betul pokoknya

    ReplyDelete
  17. hai bunga tongkeng ni ad jual di mana ye?
    ad sesiapa tahu tak? minta tolong whatsapp saya 0109385035 kalau ad info

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh beli cara on line dari Kasehherbs & NorSham. Boleh lawat page depa.

      Delete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete