Tuesday 9 August 2016

Pagar R&R 2

Akhirnya petang semalam kebun R&R 2 telah di pagarkan dengan pukat ikan terbuang. Kalau nak beli yang baru beratuslah jawabnya. Pukat ini di buang oleh kilang ikan bilis berdekatan. Hubby pula entah apa mimpinya, petang balik dari kerja   terus masuk belukar dekat rumah cari kayu. Terkejut juga saya bila dia cakap nak buat pagar...biar betull....

Ya la selama ini dia tidak pernah berminat nak berkebun atau menolong saya. Pagar R&R 1 dulupun saya upah orang.  Dua petang siap sudah pagar ini. Happy hati saya tak boleh nak cakap lah. ..kawan-kawan pun semua senyum-senyum tengok cik hubby buat pagar. Apa mimpi ni..semua cakap benda yang sama. 

Harap-harap lepas ni Che Kam tak dapat  menjamu selera lagi...Sebelum ini habis semua pokok-pokok buah, sayuran dan ulaman diratahnya. Hampir 6 bulan lamanya mereka berpesta. Kadang-kadang fade up sangat rasa. Saban hari juga  saya terpaksa mengejar mereka tanpa mengira waktu. Sungguh memenatkan. 

Lihat betapa gemuk dan besarnya kambing-kambing ni. Ini sebahagian dari berpuluh-puluh ekor yang dilepaskan bebas berkeliaran. Sedang makan dibelakang dapur rumah.

Petang semalam semasa hubby sibuk memagar, Kaspin dan Kasih  turut meneman.

Tengok gelagat depa berdua bermain..


Kaspin tengah galak bersuka dengan Kasih.

Habis kerja relax dengan tok wan. Tok Wan pula tak pakai baju..haishh...

Pagi tadi saya mula meneras. Mengubah pokok dan menarah rumput. Dua kebun ini  telah disatukan. Lebih panjang dua kali ganda tapi saya duk rasa   tak cukup ruang juga..hish Belanda betul saya ni...

Tengahari saya tuai pucuk turi sulung. Lama dah tak makan daun ni. Buat  masak lemak putih campur labu dan pucuk asin-asin. Makan dengan ikan kering. Sedapnya. pahit-pahit lemak. 

Bunga turi merah cantik macam lipstik.

Sebelum ada pagar saya terpkasa bungkus pokok turi ini begini. Kalau tak togel jadinya. Selain kambing belalang besar & ulat rerama pun suka daun ini. Kerana terhimpit tumbesarannya jadi terencat.

Tak seperti pokok munggai ini yang mencanak tinggi dalam masa lima bulan saja. Selain pokok labu manis, labu air, peria. timun & kundur Che Kam juga tidak pernak berminat dengan pokok ini. itu sebablah dia berpeluang membesar bagaikan juara.  Setakat ini dulu bercerita. Di lain hari kita bertemu dengan kisah bunga pula.


Ok kawan-kawan please take care. Happy blogging & happy gardening!

23 comments:

  1. pokok asin-asin tu pokok cekormanis ke Mala?
    comel betul si kasih n kastih tu..
    sorang lagi tu..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya cekor manis Yon. Kat tempat kak panggil asin-asin. Orang sebelah Kedah, Perlis & Penang selalu panggil nama tu..

      Delete
  2. Harap2 lepas ni selamat semua tanaman dari gangguan cik kam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang harap sangat Mazlan. Lepas ni boleh kak tanam pisang..ubi kayu..keledek..nyior..dan lain2 ulam. Dalam kepala ni dah jenuh duk atur nak tanam apa..pokok2 buah yang kak beli dan sembunyi dalam kebun R&R 1 boleh sudah dibawa keluar...

      Delete
  3. Bagus la! Lepas nie selamat semua sayur! ;)
    Cutenya anak Mala!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malarrr....tu cucu sulung saya..Saya dah jadi nenek dah pun hehehe....mana ada anak kecil pun. Dah pencen..

      Delete
  4. Eh... Kak Mala ada turi maroon ye? Ketinggalah betul kakak ni tau sebab baru ni nampak. Rumah kampung kakak ada bunga yg putih aje. Kakak selalu petik bunga turi, celur air panas buat ulam cecah dgn sambal belacan. Sedap tau Kak Mala:)

    Pagar dah siap lega rasa. Lepas ni cik Kam tengok dari luar pagar ajelah hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zakie..selalunya sebelah tempat kak kami makan turi/geti merah. Orang tua cakap turi merah jadi ubat. Kak memang tak pernah makan turi putih...tapi rasanya samalah kut ya..cuma beza color bunga dan batang dia pun lebih gelap sikit.

      Delete
  5. Tak sangka daun turi bisa dimasak. Boleh coba Kak Mala!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya Endah..disini turi bisa dimasak dan dijadikan ulam rebus. Pucuk mudahnya di goreng sambal dengan udang atau ikan bilis pun sedap juga. Ada juga org tak suka makan kerana pahitnya..

      Delete
  6. Salam Kak,

    Yang putih hitam ni kan yang sakit dulu? Alhamdulillah.. sihat dah dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Honey,
      Ya la memang dulu si Kaspin sakit jadi batu karang. Dah sembuh tapi badan dia dah susut tak macam dulu gemuk...susah hati juga kadang2 tu tengok keadan dia..bagaimana dgn kucing Honey yang hilang tu ya. Apa kabar dia..

      Delete
  7. sedapnya masak lemak pucuk turi tu...\
    ada pulak ikan grg gelama masam..fuhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuhhh...memang gu dia tu masak lemak ngan gelama kering tu...bertambah=tambah lah makan..

      Delete
  8. Lepas ini terselamatlah tanaman mala dari dibaham kambing2 yg gemok tu. Comel cucu mala begitu juga kaspin dan kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zai...ingatkan selamat tapi petang semalam 2 ekor kambing dah lekat terbelit di pukat pagar. Kambing besar pula tu..Masa tu pula duk sibuk dgn majlis arijadi Kasih. Nasib jiran bgtau. Kelam kabut dgn hubby pi pelepas. Habis busuk satu badan bau kambing...lece betul..tak habis2 nak kena gaduh dgn dia...

      Delete
    2. Degil betul kambing tu. Tuan dia tak tahu ke kambing dia dah terbelit tu. Ini sah kelau kena sembelih pun dia tak sedar hihi...

      Delete
    3. Tuan dia tak ambil tahu lansung lah tu Zakie.Pagi lepas kandang pastu petang balik sendiri. Eh..tapi kalau kurang sekor dia boleh cari satu dunia tau...

      Delete
  9. Sedap tengok sayur turi/geti tu ... dah lama tak jumpa tak makan..
    Comel yang berdua tu...

    ReplyDelete
  10. Happy to read this post. Oh your girl is so cute and that vegetable, Pucuk Turi is new to me. I think I have seen it before but didn't know this is eaten as a vegetable. I am sure the soup tasted delicious :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Turi tree normally pokok orang dulu2 and more popular to Malays. The flavor a little bit bitter.

      Delete
    2. Thank your for the info, Normala. Happy gardening :)

      Delete