Monday 28 March 2016

Bunga Musim Kering

Beberapa hari lepas cuaca mendung disebelah pagi. Redup dan nyaman. Matahari kelihatan  terbit membulat seperti bola api. Walau hujan tidak turun  tapi saya rasa lega, mungkin pokok-pokok saya boleh hilangkan stress seketika dalam cuaca yang redup dan  nyaman itu.  

Ketika memotret gambar ini, saya seperti tersedar akan sesuatu...selama kemarau panjang ini, pokok-pokok di laman dan R&R kelihatan selesa berkembang dan subur pun. Tidak  terjejas lansung  dek bahang yang membara. Tersenyum saya sendirian...macam tidak nampak pula tanaman saya happy....Saya saja yang selalu risau..Mereka OK saja...

Bila renung2 balik..baru saya perasan semua pokok saya menghijau pun daunnya...kelopak bunga  pun tiada cacat cela...saya patut bersyukur sebenarnya  bukannya risau...

So...don't worry be happy....

Kagum dengan kehebatan & kekuatan mereka ini. Lebat berbunga dan sentiasa harum walau panas. 

Sungguh indah ciptaan Tuhan ya. Bunga dan daun walaupun helaianya lembut  namun mampu menahan diri dari panahan terik cuaca seharian.  Sebaliknya kita manusia  yang keras ini pula panas sikit pun dah tak berani nak keluar merayau diluar rumah.

Putih gebu dengan hijau pekat...

Ruellia putih

Ruellia purple seawal pagi sudah membuka kelopak.

Comel tanpa risau...

Kuning meriah dalam kebun R&R. Jadi payung teduhan untuk pokok-pokok baru di tanam.

Sedang menyesuaikan  diri..

Keembung pemberian kawan fb...tumbuh subur dimana saja dia suka.

Tumpang happy...

Pemberian Diana. Tidak pernah mungkir janji...sentiasa ada. 

Busuk-busuk pun cantik juga...

Brazillian Snapdragon...lagi panas lagi biru warnanya...

Mewangi...

Syukur...masih hijau dan berbunga tanaman saya ini cuma saya saja abaikan mereka seketika sebab sibuk berkebun sayur dalam pasu...Masih banyak sebenarnya bunga-bunga saya yang berkembang setiap hari .. Tunggu minggu lain pula on air..

OK kawan-kawan take care & happy blogging!

Wednesday 16 March 2016

Kering & Garing..

Panas! Panas! Panas!  
Sudah lebih sebulan hujan tidak membasahi tanah di taman perumahan saya. Kali terakhir hujan turun kalau tidak silap mungkin pertengahan February lepas. Cuaca kering air masin sangat membingit kulit. Garing kalau lama-lama di luar. Kadar bacaan cuaca sekarang ialah 34-38 darjah Celcius.  Se awal 8.30 pagi bahang panas mulai terasa. Berita mengatakan kesan El Nino ini mungkin akan berpanjangan sampai ke bulan June ini...aduhai...

Cuaca panas luarbiasa kali ini mengundang kebakaran tidak sengaja di tepi kebun R&R. Ketika itu saya tiada di rumah. Kawan tolong kawalkan api agar tidak merebak masuk ke kebun. Alhamdulillah selamat!

Tapi ini tidak cukup selamat buat  Kaspin. Kotoran hitam  sisa bakar akan mudah melekat ketika dia bermain waktu petang  diatas padang. Bila terkena air disimen beginilah jadinya. . . Dah tak larat nak bagi mandi..

Begitu juga dengan Kastih...penat juga di buatnya...

Walaupun cuaca sangat kering di luar tapi kebun R&R saya tetap menghijau. Pokok labu  begitu subur menghijau. Banyak katak-katak berselindung di bawah daunnya yang lebar. R&R sudah jadi lembah hijau di tengah gurun padang. Tempat tumpuan berehat dan berlindung. 

Katak pisang ni menyejukkan badannya  di atas daun pokok kacang bendi. Oleh kerana risau dengan kehadiran katak yang banyak saya mengambil keputusan untuk membuang pokok labu yang sedang subur itu. Pokoknya merayap sebahagian besar tanah R&R.  Keberangkalian untuk pemangsa datang melawat adalah tinggi. Takut juga saya...sebab kedua saya buang pokok ini ialah kerana....

Mmmh! cuma sebesar saiz bola ping pong saja ia berbuah...boleh ke? Sedangkan pokoknya subur bukan main...Manalah silapnya ya...

Nak masak apa ni..?

Agak malang juga..sudahlah bulan lepas pun  saya dapat tembikai ping pong....Ada usul dari member grup kebun fb nak panggil saya Mala pingpong....kesian kan saya....hehehe...Walaupun begitu, syukur ia masak sempurna. Merah dan  manis. 

Bukan saja tumbuhan, cuaca panas ini juga memberi kesan kepada hidupan lain di sekeliling. Stray cat ini tergolek pengsan di tepi longkang belakang rumah.

Kaspin & Kastih pula selesa berehat  dicelah pasu berteduhkan pokok-pokok bunga.

Yang ini pun takut panas walaupun hitam..

Manakala Che Kam berehat seketika, bersantai di pinggir longkang sebelum meneruskan kegiatan menjarah tanaman di taman. 

Pencuci kawasan berbangsa Nepal ini juga turut berehat sebentar. Kesian tengoknya berpanas mengorek longkang. Jiran saya memberi sebotol kopi ais kepadanya buat menghilang dahaga.

Selepas kebakaran padang, kawasan belukar sebelahnya pula terbakar. Lama juga bomba mengawal keadaan agak tidak merebak ke jana kuasa TNB bersebelahan. Kebakaran hutan boleh berlaku bila-bila masa saja di musim kemarau ini. Sungguh bahaya.



Sepanjang hari di musim panas saya banyak berkurung di dalam rumah saja. Sesekali keluar masuk tengok pokok-pokok yang masih berbunga subur walau dalam cuaca ekstrim.
 Dalam cuaca panas begini eluk banyak minum air dan jus buah2an segar agar tidak terhidrat. Ini hasil tanaman kedua tembikai saya. Besar sikit...puaslah makan sorang..manis sangat. OK kawan-kawan...harus jaga kesihatan dalam cuaca begini ya..
 Happy gardening & happy blogging!








Tuesday 8 March 2016

Daun Kaduk : Piper sarmentosum

Rasanya semua orang kenal daun kaduk kalaupun tidak pernah memakannya. Di rumah daun kaduk sentiasa ada dan hidup begitu subur merayap kemana saja. Selama berhenti kerja ini, saya rajin mencuba resepi herba dan ulaman dari kitchen garden. Betul-betul nak manafaat apa yang ada di sekeliling rumah. Tiada alasan lagi untuk tak ada masa. Cerita pasal bunga pun duk ketepi sat...

Daun kaduk saya sentiasa menghijau walau dalam cuaca ekstrim sekarang ini. Sekali tengok macam daun sireh. Memang dari satu famili pun - piper. Arwah nenek dan ibu saya suka makan daun kaduk. Resepi paling best disediakan waktu dulu ialah gulai lemak daun kaduk dengan ikan kering. Walaupun daun kaduk boleh di sediakan dengan pelbagai resepi tapi saya paling teruja sangat-sangat nak cuba satu resepi ini.

Resepi orang Thai. Miang Kham atau sireh kaduk. 'Snek' yang ingin saya makan dan cuba sejak sekian lama dulu tapi tidak pernah tertunai.  Nah, petang kemarin dah pun buat..rasanya? Perghhh...serius sedap...sekali kunyah, wah!! krup krap krup krap meletup dalam mulut....Tak boleh henti makan ni...sedap sangat rasa dia. Manis, wangi, pedas, masam, lemak..ehhh..memang sedap secukup rasalah! Rasanya sapa tak makan daun kaduk pun akan jatuh cinta punya!

Ini bahan isianya.  Udang kering, halia muda, bawang merah, serai, kacang tanah, ,cilipadi, bunga kantan, limau kasturi dan kelapa goreng...Kalau lihat senarai intinya memang tertanya-tanya..tak pelikah rasanya nanti..siap asam limau, udang kering  bagai...

Tapi itulah selalu orang kata, tak cuba maka tak tahu..tak kenal maka tak cinta..tak makan maka tak merasa....bila dah makan...mmmm..tak boleh henti pula jadinya...Aduh...kenapa orang Thailand ni pandai sangat...jujur cakap saya memang dah jatuh hati pada miang kham ini..menyesal tak cuba dari dulu..

Cara makan begini. Letak semua bahan isian diatas sehelai daun kaduk segar.  Taruh sosnya di atas. Lipat daun kemudian kunyah perlahan.lahan sambil pejam mata dan nikmatilah kesedapannya. Hehehe... Mungkin sesetengah orang tidak suka daun ini kerana rasa pahit tapi percayalah dengan miang kham rasa pahit tu tak rasa lansung...sedap je semata-mata.. Terima kasih pada Mat Gebu untuk resepi ini.

Tips untuk rasa lebih ummph..bahan inti seperti halia, serai, lengkuas, cili dan bunga kantan harus pilih dari batang yang segar dan muda.

Daun kaduk juga harus segar dan dari pucuk yang sedang-sedang. Baru boleh nikmati keranggupannya.

Gula thai untuk bahan sos. Di tempat saya memang senang didapati. Juga gula  untuk som tam. Tapi jika tiada boleh digantikan dengan gula kabung atau gula merah. Ada orang taruh madu dengan sos ikan saja. Apapun ikut selera sendiri ya. Kalau tak mahu manis kurangkan gula.

Selain di buat ulam, gulai lemak dan kerabu ...daun kaduk juga sering digunakan sebagai daunan melapik bahan isi otak-otak. Saya buat otak-otak isi tenggiri. Memang aroma daun kaduk cukup membuka selera...

Posing sikit..presenting kaduk dari kitchen garden...
Satu lagi yang tidak patut dilupakan kaduk juga mempunyai khasiat perubatan yang tersendiri. Boleh ubati sakit mata merah, sembelit dan berbagai lagi..Info lanjut sila lihat  disini..Jadi jangan lagi pandang sebelah mata pada kaduk walaupun dia tidak naik junjung ya...

OK kawan-kawan happy gardening & happy blogging!