Monday 9 November 2015

Organik Plant Booster - DIY

Sudah dibaja, sudah disiram..sudah digembur tanahnya tapi kenapa tanaman kita masih tidak mahu berbunga atau berbuah? Daun kekuningan dan pokok tidak bermaya..Pernah tak anda mengalami keadaan seperti ini?  Mesti pernahkan. Sebab itu minggu ini kita cari ubatnya...plant booster. Secara ringkasnya plant booster ialah penggalak tumbesaran dan kesuburan semulajadi tumbuhan.

Iaitu gabungan bahan-bahan  semulajadi yang melalui proses permentasi bersama mikroorganisma yang ada didalamnya berperanan merawat tumbuhan, tanah seterusnya merangsang  tanaman menyerap nutrisi dan baja untuk pembesaran. Oleh itu simpan kulit telur, bawang dan pisang. Buat sup! Tiga kulit ini amat berkhasiat dijadikan plant booster.  Bebas kimia lagi. Saya memilih   kaedah yang paling mudah dan tidak melalui proses pemeraman.

Rebus ketiga bahan setengah jam. Sejukkan dan blender. Siram di pokok. Sisanya boleh diletakkan di sekeliling pokok. Kulit telur ada kalsium. magnesium fosforus, iron sulfur. Boleh neutralkan asid dan meningkatkan kualiti tanah dan  pembentukkan akar. Pisang kaya kalium / potasium, fosfor penting untuk mengalakkan bunga dan pembuahan. Manakala kulit bawang pula  merangsang pengeluaran hormon, pucuk dan tunas baru. Cara lain penyediaan. Kulit telur & pisang di bakar, tumbuk kasar dan blender sampai halus. Boleh disimpan lama untuk bahan tabur.

Bunga rose saya mendadak subur dengan sup di atas. Sepatutnya saya ambil gambar sebelum dan selepas penggunaan baru boleh lihat dengan jelas hasilnya.  Tapi terlupa dan tidak sangka ia begitu cepat bertindak dan berkesan.

Bunga dari pucuk baru yang tumbuh. Tinggi menjulang. Walaupun begitu harus di ingat plant booster bukanlah baja, jadi pembajaan berjadual mesti dilakukan seperti biasa juga. Kulit udang, tulang dan air ikan juga bagus untuk pokok ini.

Ini pula nasi lebih yang dibiarkan basi dan berkulat putih di atasnya. Blender dengan air beras. Siram di pokok. Jadi jangan buang  nasi basi ya..sebab ianya mengandungi banyak bakteria berfaedah yang berpotensi mengembur bahan-bahan organik dalam tanah. Hampasnya boleh di tanam pada pokok besar. 

Sama fungsinya seperti di atas, Roti expired. Caranya: sekeping roti sandwich di carik halus masukkan dalam botol mineral 1.5 ml yang telah disi dengan air hujan / air tanpa klorin. Peram empat hari. Tapis sebelum guna. Kesannya pokok cepat subur. Dalam masa seminggu boleh lihat keberkesanannya. 

Thunbergia Black Eyed Susan. Gambar berbunga semasa seminggu penggunaan. Sebelah kanan masuk dua minggu. Pucuk dan daun merimba semula..

Pokok timun saya cabut sebab sudah tua dan daun pun kuning. Tinggal sepokok ini buat eksperimen. Gambar kedua hari kelima guna air roti. Daun mulai kehijauan. Seminggu lebih pucuk baru pula  tumbuh. Subur sangat. Lebih subur dari mula-mula tanam. Siap keluar buah lagi...

Torenia masa beli merimbun kemudian mulai mereput. Saya kerat sampai tinggal sikit. Siram air roti tiap minggu. Hasilnya rimbun balik. Penuh berbunga. Sukaa...

Daun morning glory kembali menghijau...pergola dah patah, Che Kam panjat 3 kali. Roboh terus.

Carolina Jasmine..yang saya menyesal membelinya satu waktu dulu..kembali berbunga. Kuntumnya pun lebih besar kali ini. Saya siram air sup. Wangi bunga dia...macam bedak baby Johnson!

Kali kedua berbunga setelah setahun lebih bertapa rasanya. Makan sup bawang juga..

Paling best jambu merah tut ini. Waktu sampai dekat saya habis patah riuk. Kotak pun terpenyek dan
basah lencun. Saya ingat 50-50 hidup pun..

Setiap minggu saya bagi sup kulit dan air roti berterusan. Berselang seli dengan baja. Beberapa bulan kemudian, hasilnya macam dalam gambarlah! Ranting yang patah pun sembuh. Buah berketul naik. Daun besar menghijau..pokok pun dah tinggi...

Inilah hasil penggunaan dari penyediaan mudah dan ringkas plant booster ini. Semuanya dari sisa makanan yang sudah expired. Walaupun ada banyak lagi cara penyediaannya, tapi saya lebih suka memilih tiga cara yang mudah ini. Selain baja plant booster ini benar-benar membantu menyuburkan pokok. Saya sudah, Kawan-kawan?
Ayuh, mari mencuba!
Happy gardening!















39 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Mala,
    Syukur alhamdulillah dapat ilmu yg sangat berguna dlm blog kakak ni, happy sangat, sebab sebelum ni Julie x tahu plak nasi lebihan tu bleh buat plant booster...terima kasih banyak2 kak...sungguh bermanfaat ilmu yg kakak sampaikan ini!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.
      Kak pun dapat info dari grup. Sebelum ni pun buang juga nasi tu. Tengok Allah Taala cipta tiap benda tu mesti ada manafaatnya. Kita je selalu buat tak tau ya Julie...

      Delete
  2. Saya selalu dengar air basuhan beras dan ikan bagus kalau buat siraman pada pokok.. sekarang saya dapat belajar banyak lagi.. terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak benda expired yang kita boleh buat booster ni. Termasuk saki baki sayuran & buah2an.

      Delete
  3. As salam Mala,
    Berapa kerap kena siram pokok dengan sup ni? Kena cairkan dulu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya dlm 7-10 hari sekali. Kalau bahan yang kak rebus tu banyak, air dia pekat kak tambah air. Agak2 lah kan. Kalau bahan rebus sikit kak tak tambah air. Kak hari2 masak jadi kulit bawang dan telur selalu ada.

      Delete
  4. Ok! Siap ber-experiment & hav pictures! I pun nak buat la. very tempting! Thanks for sharing Kak Mala!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Olive...jangan lupa baja pokok mesti kena taruh juga. Anak semaian tak digalakkan.

      Delete
    2. Thanks for the tips Kak Mala 😉

      Delete
  5. Assalamualaikum kak,
    Terima kasih sangat-sangat atas entry yang amat bermanfaat ini. menggunakan bahan-bahan terbuang yang menjimatkan, yang paling penting bebas chemical...Mohon copy ye kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.
      Silakan Abu.

      Delete
    2. Terima kasih tips yang mala kongsikan. Nanti kak zai nak cuba. Kat rumah selalu ada nasi dan roti yang expired.

      Delete
    3. roti expire tu bau dia masam sangat..itu yang kadang2 orang tak tahan...lupa nak masuk cerita baunya kat atas..hehhee...

      Delete
  6. Alhamdulillah, akhirnya dapat resep plant booster. Terima kasih Kak Mala. Smoga tanamanku sesubur seperti milik Kakak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita sama2 kongsi ya Endah. Saya pun dapat resepi ini dari kawan2 juga..

      Delete
  7. Hi Normal! also after you boil hard-boiled eggs etc., save the water. Let it cool down and water the plants. I always do this. Thank you for sharing your recipe. If I happen to have banana peels I will add it in too, woohoo!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..never think about this before...good info

      Delete
  8. Assalamualaikum....kalau guna roti belum pernah cuba lagi sebagai baja....

    Setakay ni guna roti untuk bagi tepung naik sahaja.... terima kasih atas perkongsian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Fida sebab dalam roti tu ada yis..sangat berguna untuk penguraian tanah

      Delete
  9. Diana ni pemalas lah.
    Sekarang nasi dan roti kalau dah tak elok semua bagi ayam makan huhuhu...
    kulit telur pun main campak ja kat tanah.

    Meriah sungguh tanaman Kak Mala dengan plant booster.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa Diana at least roti tu ada yang makan, tak dibuang.

      Delete
  10. Bunda yang paling minat yang proses nasi basi tu.... memang bagus sangat... tak membazir....dah busuk untuk tidak dimakan oleh manusia...tetapi boleh dimakan oleh tanah dan tanaman kita....

    Boleh cuba ni nanti...

    ReplyDelete
  11. Mohon share resepi makanan tumbuhan ye mala. Sangat membantu ni..sbb tanaman ky semuanya dh tak terjaga..

    ReplyDelete
  12. Terima kasih.. banyak petua membaja yg mudah dlm masa sama mengelakkan pembaziran makanan.. sy suka sgt, boleh cuba utk kebun sy yg baru bermula manja2 :-)

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum kak mala...syukur alhamdulillah,,terima kasih sgt sy dapat ilmu yg sgt berguna dari blog akak..sblum ni xpernah try lg buat baja roti.selalu klau roti expired terus buang@bg ayam mkn je..lpas ni blh try buat la...hehe.
    Urmm sy nk tnye klau roti burger 1biji brapa ml air ye...smoga tips yg akak kongsi ni blh mmberi manfaat pd bunga rj sy..

    ReplyDelete
  14. salam..
    saya guna kaedah roti tu.
    saya peram seminggu dah boleh guna terus

    ReplyDelete
  15. Wow....
    amazing...saya pon menanamtapi sikit saja...pakai benih yang dibeli dikedai dalam peket kecik tu....cara lain tak reti! Pokok betik yang saya tanam mulanya naik subur tapi lepas beberapa bulan sebelum berbuah, saya tengok daunnya macam ada serangan...serangan apa saya tak reti nak habaq...tapi berekot.....macam ada 'ketuat'. Tukaq tanah pon lagu tu jugak. Pokok karapoley saya naik elok tapi lepaih tu naik macam kutey rona itam kat daun....hiishhhh last-last pi beli betik kat marrrket!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok betik ditempat saya selalu kena serangan kuning daun kemudian pokok akan mengecut dan huah pun akan gugur tanpa sempat matang. Daun karapole pula selalu kena serangan dari sejenis kumbang warna putih. Anak2nya yang berwarna hitam mcm kepala alien akan makan daun sampai rosak satu pokok. Kalau ada benda ni saya akan dogolkan semua pokok. Nanti pucuk baru tumbuh kembali.

      Delete
  16. Assalamualaikum. Baja Roti tu nak kena Carikan dulu ke Macam mana? Ke leh terus Dan siram ke pokok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Saya siram terus. Boleh juga dicampur sedikit air kalau tak tahan baunya.

      Delete
  17. hii...sya nak tw apa kandungan dalam roti yg mengalakkan pertumbuhan tumbuhan?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mol ini saya dapat resepinya dari kawan2 fb. Semasa mencubanya saya sendiri pun tidak tahu apa khasiat yang ada dalam roti bila dijadikan mol. Semula jadinya roti itu terbentuk dari fermentasi ragi yang diadun bersama tepung dan bahan lain. Jadi bila kita menapai roti dengan air, ragi yang ada didalam roti tersebut akan membentuk pelbagai bakteria bernutrisi. Bakteria ini pula sesuai untuk mneggemburkan dan mengurai tanah lalu membantu pokok yang kita tanam mendapat nutrisi dengan lebih berkesan. Ini menjadikan pokok cepat membesar dan subur. Mol ini sejenis penggalak tanaman. Baja dan lain2 keperluan pokok perlukan di beri seperti biasa.

      Delete
  18. dah try buat baja roti. menang menjadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh...tahniah. Saya pun dah mula nak berkebun balik sekarang. Hujan dah mula mengurang.

      Delete
  19. Sup kulit telur+kulit bawang+kulit pisang tu boleh simpan berapa lama? Atau sekali guna saja? Mana la tau kot2 buat dlm kuantiti yg banyak..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak tahu boleh disimpan selama mana sebab selalu saya guna habis sekali gus. Pokok banyak. Rasanya boleh dibotolkan dan simpan dalam peti ais. Tapi mesti hati2 takut ada sesiapa yang terminum pula nanti.

      Delete