Thursday 24 September 2015

Aidi Adha

Selamat Menyambut hari Raya Aidil Adha buat semua kawan-kawan bloggers!


Monday 21 September 2015

Pray For Kaspin


Kaspin saya sedang sakit ...saya tahu dan saya dapat rasa. Menatang bagai anak sendiri, saya peka pada  perubahan yang berlaku pada dirinya. Memang sudah terasa kelainan sebulan ini namun saya tidak sangka rupanya ia membawa kepada petanda yang tidak di duga.

Oleh kerana  dia juga adalah sebahagian dari suka duka   di My Green Eyes ini maka saya harus paparkan keadaanya di sini. Tidak lalu makan, kurang aktif dan susut berat badan. Itulah yang saya nampak selama hampir sebulan. Memang hati tertanya-tanya tapi saya ingat biasa-biasa sahaja kerana dia masih kelihatan sihat, manja dan setiap malam tidur bersama.

Sehinggalah beberapa hari lepas saya perasan dia cuba beberapa kali kencing tapi tidak boleh. Tidak sedap hati tanpa berlengah terus bawa dia ke ke kelinik haiwan.  Malangnya kaunter ditutup 12.30 tengahari. Jumaat & Sabtu cuti pula. Kena tunggu Ahad. Down rasanya. Semalaman saya rasa resah. 

Balik rumah saya ikhtiar sendiri. Rebus daun pecah beling. Guna shrink masukkan air rebusan ke mulutnya. Kemudian adik di kampung maklumkan ada info guna air lobak putih. Malam-malam terpaksa beli di pasaraya. Lobak pun dah tidak segar..beli juga. Kelam kabut cari info di internet...berderet info keluar...separuh nyawa rasa sudah hilang...

Hari ini Ahad, saya bawa sekali lagi ke pejabat haiwan. Sah, batu karang. Ya Allah...sedihnya saya...tapi malang lagi, ubat habis..pegawai pula MC. Saya di syorkan oleh pembantu di situ beli di farmasi... cystone - ubat pecah batu karang...untuk manusia sebenarnya...

Masih tidak sedap hati lalu saya bawa ke veterina swasta pula. Tawakal saja kerana sudah tahu bayaran yang dikenakan adalah tinggi. RM500..ke ribu..jika sudah teruk, kata pembantu di situ. Setelah mendaftar, pemeriksaan pun dilakukan oleh doktor. Cek segala. Positif juga..Saya dibenarkan melihat sample air kecingnya di bawah mikroskop ..berselerak hablur kecil batu karang peringkat permulaan. Ini ubat yang di beri disamping satu suntikkan untuk meredakan bengkak pundi kencing.

Bilnya..syukur tidak mahal sangat. Makanan yang disyorkan..4 kilo RM100..namun saya memilih memberi ikan rebus dan nasi. Makanan kering lain tidak dibenarkan.

Petang ini Kaspin ikut saya ke tapak R&R. Masih letih, Baring-baring saja tepi abahnya..

Abah dan Kasih bawa Kaspin jalan-jalan dan rehat di padang..

Walaupun baru 2 tahun tapi Kasih cukup memahami Kaspin sakit...

Selesai sesi berjalan, makan rumput untuk muntahkan sisa kotoran didalam tubuh. Satu cara penyembuhan alami..

Malam...tersadai keletihan lagi ditempat kegemaraanya... tepi kerusi abah.

 Setiap kesempatan saya berdoa agar Tuhan sembuhkan penyakitnya. Mahu lihat dia sihat dan happy macam dulu...Dah lama tak tengok dia gurau-gurau macam ni dengan Kastih. 


Kawan-kawan tolong doakan untuk Kaspin kerana saya sangat sangat sangat sayangkannya. Tidak sanggup kehilangnannya. Walaupun dia kucing tapi dia tetap anak di mata dan di hati saya. 
       Anak  yang hadir untuk mengembirakan dan menceriakan kehidupan kami sekelurga. 
                                             Kasih Kaspin sepanjang hayat... 







Tuesday 15 September 2015

Mandevilla

Pertama kali mendengar nama ini saya terasa macam catchy. Kenapa? sebab bila disebur-sebut berulangkali,  segera teringat kepada nama besar ini -- Nelson Mandela. Namun sayang bunga ini tidak berkaitan lansung dengannya.

Berasal dari Amerika tengah, ia mendapat nama dari seorang diplomat British yang juga seorang botanis yang bernama Hendry John Mandeville.  Mirip dengan bunga Alamanda kerana mereka datang dari keluarga yang sama iaitu Apocynaceae. Namun Mandevilla lebih memikat kerana mempunyai pelbagai warna  yang sangat menarik dari  spesis-spesis  hybridnya.

Kisah saya pula, sangat  teringin memilikinya bila pertama kali melihat  tiga tahun yang lalu. Memandangkan harganya terlalu mahal bagi pokok yang kecil kenit saya pendamkan hasrat itu sehinggalah saya dapat mengesanya di online, Ogos tahun lepas. Punya exited empat pokok sekali hadap dengan harga hampir RM100.00...Konon-konon nak bunga banyak macam ini..

Dek teruja masa tu, malam-malam saya berkeras tangan bikin trellis untuknya. Malangnya beberapa bulan selepas itu satu persatu pokok tersebut mati tanpa sebab. Akhirnya tinggal sepokok sahaja yang survive. Pelbagai cara saya cuba dari tukar tanah hingga kebaja, tetapi Mandevilla terakhir ni tetap begitu-begitu saja. Tak mau berbunga. Kurus melidi walaupun berusaha memanjat ke atas. Waktu itu saya betul-betul fade up..beli mahal-mahal matilah pula...


Untuk mengubat rasa kecewa konon, saya membeli sepokok lagi jenis hybrid daun bulat masa balik kampung awal tahun ini. Merah hati. Puas tawar dapat RM22.00..

Pada masa yang sama terjumpa pula satu nurseri yang menjualnya dengan harga yang sangat murah. Beli lagi.  RM12.00 je..pokok punyalah besar....Duhhh.. kenapa tak datang awal-awal kat sini....semua color ada. Tapi memandangkan budget habis. Beli satu saja....Ruginya saya.....

Berbalik pada kisah Mandevilla yang tinggal sepokok itu. Hampir sebelas bulan berlalu, sekitar July lepas,  barulah ia berputik. Nak sambut raya kut. Sekuntum saja lekat.  Merah cili. Jadi tiga yang mati sebelum ini ialah pink tua , putih dan light pink.

Kesian...nak hadiah juga kenangan  kat saya walaupun tidak sihat.

Saya cuba semai pucuk mudanya..kesinambungan hayat jika hidup

Setelah beberapa siri kegagalan dengan Mandevilla barulah saya pelajari jenis hybrid yang berdaun bulat hijau gelap amat susah berbunga dan membesar. Tapi dari jenis berdaun nipis panjang amat berbaloi dibeli kerana berbunga sepanjang masa....

Lihat, dari mula beli sampai sekarang. Dah hampir  tujuh bulan tak  putus-putus berbunga...

Memanjat bagai juara sampai kebumbung.  Menyesal pula mula-mula beli tahun lepas hentam empat pokok sekali gus...Tapi itulah risiko yang harus saya tanggung bila hati melampau dari fikiran..Harap kawan-kawan gardeners tidak segelojoh saya. Berlajar dari kesilapan...bagaimana,  ada yang berpengalaman teruk macam saya tak? Silalah kongsi bersama...Happy gardening!









Sunday 6 September 2015

Berkelah Di Dusun

Minggu ini tiada cerita bunga. Sebagai selingan saya mahu berkongsi perasaan suka berkelah di dusun buah-buahan milik nenek kawan baik saya, Si Mimi. Sebenarnya acara ini merupakan acara tahunan pada setiap kali musim buah bermula. 

Ini Mimi dengan neneknya yang mesra dengan panggilan Tok. Anak-anaknya juga memiliki  dusun di tempat yang sama. Mereka bukan sahaja baik hati, ramah malah sentiasa merai kami saban tahun dengan acara makan buah  dan berkelah ini. Beruntung sangat kami ...

Bertempat di kawasan perbukitan, dusun ini mempunyai lanskap yang cantik dimana aliran air terjun yang jernih dan dingin mengalir merentasi tanah  ini. Pada satu masa dulu dusun ini adalah tanah sawah.  Disini juga terdapat ikan kelah tetapi kali ini tidak ada acara memancing kerana yang datang pun lebih perempuan dari lelaki.

 Setelah sebulan lebih tertangguh, cuma akhir bulan lepas baru saya dan kawan-kawan dapat kesini. Seperti biasa beberapa pokok disimpan buahnya semata-mata untuk kami. Itupun buah rambutan sudah mulai meluruh kerana terlebih masak. Manakala buah-buahan lain sudah habis musimnya.

Inilah satu-satunya pondok yang ada untuk berehat. Saya amat suka persekitaran dan suasana perkampungan di sini. Hening, teduh dan paling sentimental, saya bagaikan  berlari ke zaman kanak-kanak kembali.  
                   
Cucu saya, si Kasih. Happy dapat main air. Seronok melihat anak-anak mandi di sungai. Malangnya saya tidak  membawa kamera, gambar yang ada ini semuanya gambar ehsan. Jadi banyak moment-moment indah  berkelah  hari itu yang tidak terakam. Especially gambar budak mandi rama-ramai disungai.     
                  
Semasa bebudak bermandi manda, geng yang tua membakar ikan. 

Manakala anak cucu Tok   sibuk mengutip pucuk-pucuk kayu yang boleh di makan dan di buat ulam. Sambil itu mereka juga menebang buluh untuk di pasangkan bendera sempena kemerdekaan yang lalu.

Geng yang muda pula ambil kesempatan panjat pokok dan  makan buah. Tiada limit. Boleh bawa balik lagi sebanyak mana yang mampu. Peluang datang setahun sekali...

Kasih teruja kutip rambutan buat pertama kali....

Ini pula  untuk bahagian peraih..

Acara makan..nasi, ikan bakar dan ulaman....

Lepas makan mandi lagi...Kasih dengan Tok Wan. Habis hati  dua beranak ni berendam dalam air ....
                                                                             


Alhamdulillah, jika buah menjadi, adalah acara begini untuk saya dan rakan-rakan. Namun suasana meriah tidak setanding lima tahun lepas. . Hampir semua keluarga di lorong kami datang berkelah. Meriah sangat-sangat. Bila masa berlalu, suasana berubah, semangat bersama sudah luntur. Nilai persahabatan sudah jauh di belakang....Saya cuma dapat merindu sahaja tapi yang pasti tuan dusun tidak pernah berubah hati..itulah nilai mulia yang sukar kita cari sekarang ini. Harap tahun mendatang ada rezeki kami akan bersatu seperti dahulu kembali.
Selamat Berhari Minggu dan Happy Gardening!