Saturday 19 July 2014

Doa, Harapan dan Tawakal...

Minggu terakhir puasa. Alhamdulillah saya masih lagi dapat bertahan walau pun hajat nak berpuasa penuh sebulan macam tahun lepas tidak kesampaian. Ramadhan tahun ini, kali pertama berdepan dengan ulser kerongkong yang amat menyakitkan. Pekej datang dengan  demam sejuk panas dan tidak dapat makan dan tidur lena hampir tiga hari. Seminggu saya bercuti.
Bila bangun dari sembuh, saya terus bekerja keras mengubah dan membuat apa yang patut dengan tanaman keliling rumah yang bakal ditinggalkan hampir seminggu juga nanti. Memang saya risau amat...semua orang balik kampung, siapa yang nak tolong siram pokok?

Bermula pagi ini saya mulai menutup ruang kosong pintu depan pagar homestay dahulu. Selepas itu pintu pagar rumah saya kemudian petang ini kalau sempat pintu belakang homestay pula. Saya harap Che Kam tidak senang-senang membolosi masuk ke ruang dalam sepanjang ketiadaan saya nanti.  Haraplah.... 

Saya amat risau untuk balik kampong kali ini sebab sekarang saya ada dua laman untuk di urus. Dilaman homestay musim cosmos orange berkembang. Separuh ruang laman dipenuhi oleh bunga ini. Semua pokok-pokoknya merimbun dan meninggi hampir 5 kaki. Daunannya subur menghijau. Tiada serangan ulat atau belalang cuma kupurama saja datang silih berganti menghisap madu.

Di laman ini juga berkembangnya Zinnia dengan warna yang begitu  ceria. Lihat bunga berkembang terubat sedikit rasa sakit yang dibawa..Zinnia tahan panas tapi kalau air tak mencukupi pokok cepat layu...

Kacang bendi yang cukup menjadi. Yang ini saya tidak risau untuk ditinggalkan sebab tahan lasak.

Lihat pokok bunga matahari 2nd batch yang tumbuh sendiri. Punyalah subur. Puasa-puasa ni saya nampak daunnya macam sedap saja.....

Anak pokok salad pertama kali berjaya disemai setelah berkali-kali gagal sebelum ini.

Saya ubah kebekas takung panjang dan tempatkan di depan rumah. Lari dari siput.  Moga-moga membesar sempurna.

Sawi, ulam raja, cili, tomato ceri, kalian dan terung adalah antara pokok sayuran yang sedang membesar di belakang rumah. Bagaimana nasib mereka nanti?


Semaian petunia....jangan mati please......

Semaian morning glory. Berbeza tahap tumbesaran antara tanam dalam pasu dan atas tanah. Berjaya hidup dan  berbunga kah mereka...atau nanti kena order lagi dekat Diana.....

Antara yang paling sayang dan dirisaukan..matahari warna merah. Bagaimana nasibnya nanti..harap-harap bertahan lah...saya nak lihat dia berbunga.

Kastih pun sakit juga, jadi bisul di paha dan perut. Kurus sudah badannya. Dah tak comel.  Sudah dibawa jumpa doctor. Kedua beranak ini sudah tidak risau lagi sebab sudah ada nursery kucing untuk ditinggalkan. Sehari dengan makan RM16.00

 Cuma si comel ini tidak tahu risau apa-apa. Happy saja berposing dengan baju rayanya

  Tidak macam neneknya yang risau segala hal. Siapa nak itu siapa nak ini?....rasa macam tak mahu balik kampong lah pula.Saya  berdoa semoga sepeninggalan saya nanti hujan akan turun hari-hari. Pokok saya tidak kering. Saya berharap  semua pokok-pokok saya sihat,  pandai membawa diri dan bertahan sebaik mungkin. Begitu juga dengan kucing-kucing dan anjing  gelandangan, semoga ada orang yang sudi memberi mereka makan. Tidak boleh fikir banyak-banyak. Perlu tawakal...