Monday 28 April 2014

Corat-Coret Hasil Kebun

Semenjak hujan turun hari-hari, rumput-rumput di kebun tumpang saya sungguh subur menjadi-jadi. Kalau ikut hati memang tak terlarat nak merumputnya tapi eluk juga saya mengambil kesempatan dari keadaan ini untuk melonggarkan urat dan mengeluarkan peluh secara percuma.
  
Belum sampai separuh jalan saya mencangkul untuk persediaan kebun  di musim baru. Tiba-tiba...

Saya ternampak ini.  Chupp!! commercial break sat. Tengok sapa yang lalu.. Amboi...bahagia nampak, Cik Bau laki bini bawa anak jalan-jalan makan angin. Tiba-tiba yang si bapa terus berhenti jalan dan merenung saya. Wah..pandai marah dia. Saya tergelak kuat sorang2. Oish..kemudian kedua-dua sekali merenung saya. Mula rasa tak sedap hati terus saya cabut. Hehehe..tau takut..

Tengok perbezaan  pokok bendi ini. Pertama kali tanam subur saja naik. Kali kedua semai dimusim kemarau. Semua pokok jadi bantut. Saya cabut kesemua pokok dan tanam semula.

Masa musim kemarau, ada pokok yang saya abaikan termasuklah rosselle  ini. Bila hujan turun biji-biji benih tumbuh semulajadi dalam kelopak buah yang masih eluk lekat dibatang.

Ini pula before and after....Mmh! terpaksalah saya gondolkan kesemua daunnya. Puncanya? Lihat dibawah..

Pemusnah dua serangkai..anak kumbang bulat dan bena putih.

Lobak putih. Membesar dengan eluk walau pada musim kemarau, lupakan pada saiz dan bentuknya  yang sudah tentu tidak menepati standard, tapi berbaloi juga bila dimasak. Tetap rasa serupa macam yang beli di pasar.

Kacang kelisa pula membawa ceritanya yang sendiri. Tidak tahu dimana yang silap saya cuma dapat makan dua biji saja hasilnya. Selebihnya ia menjadi gila daun selepas Che Kam selalu meratah daun-daun bahagian bawah.

Petola. Saya tanam dengan enam biji benih.  Bila berbuah saya dapat makan empat biji buahnya dan sebiji simpan untuk stok. Balik modal kan?



Saturday 26 April 2014

Morning Walk 3

Sudah hampir sebulan tertangguh-tangguh akhirnya cuti pagi ini barulah dapat dilakukan. Sebelum meneras pokok-pokok eluklah saya mulakan yang ini dulu. Jam 8.00 pagi,  tak jauh,  seberang jalan saja lebih kurang 100 meter dari rumah. Bersama dua ekor kesayangan ini saya pun mengorak langkah.

Kalau bab nak mengekor no satu....

Sebenarnya perumahan saya bersempadankan laut. Kilang ikan bilis pun ada. Tapi yang saya paparkan disini ialah salah satu pengkalan nelayan yang terdapat disini. Dekat sangat rumah. 

    Pemandangannya cukup indah dan nyaman. Kebanyakkan nelayan Burma..orang tempatan adalah  sorang dua itupun yang melakukannya sebagai part time job

Yang nak cerita hari ini diluar skop sikit...kisah bunga sotong lah pula.Sekarang musim sotong jadi banyaklah ia di daratkan di pengkalan ini. Harga jual kat penduduk tempatan dapat lah murah sikit harini. RM8.00 sekilo. Tapi pun tangkapan yang di bawa naik pagi ni tidaklah semewah hari2 lain. Mungkin banyak nelayan tidak turun kelaut kut. semalam. Jumaat....

Wednesday 23 April 2014

Kebebasan Yang Hilang

Bukan diri sendiri  tapi pokok-pokok saya yang diluar laman.

Setiap hari dari pagi sampai lah kepetang beginilah keadaannya - di penjarakan demi keselamatan dan kelansungan hidup.

 Tiada lagi keceriaan

Dan kegembiraan...

Semuanya gara-gara rombongan Che Kam ini...

Yang tiada sempadan dan belas kasihan...dan saya tidak tahu sampai bilakah masalah ini berlarutan..

Kalau dulu, beginilah saya biarkan mereka terbuka...

Biar bebas tanpa sekatan...
  
Sebab itu saya menolak permintaan  untuk membina tembok dan bumbung.

Kerana semua  itu akan memudaratkan pokok-pokok kesayangan saya... 

Juga kerana saya ini orang kampung, masih  mahu melihat air hujan yang turun dan jatuh membasahi tanah yang sedikit cuma..

Hingga kini masih berharap agar pokok-pokok saya ini mendapat kebebasan mereka kembali. Dan saya pula ingin sangat mahu seperti dulu - pergi dan pulang kerja dengan perasaan aman dan tenteram.

Monday 21 April 2014

Cinta Kali Kedua.

Agak lama saya tidak menanam pokok ini. Tidak pasti berapa tahun cuma yang pasti waktu itu masih di rumah lama dan anak bongsu saya masih kecil dan belum bersekolah. Sekarang dia sudah menjangkau 19 tahun. Sebab utama kenapa saya tidak mahu pokok ini ialah kerana saya geli pada ulat-ulat besar  yang sering makan daun pokok-pokok tersebut.
Ketika itu cuma ada dua warna utama. Putih dan Purple.

Tapi kini tidak lagi. Semenjak beberapa tahun yang lalu, jenis hybrid dengan warna-warna yang ceria sudah menguasai pasararan. Saya telah jatuh cinta kembali.

Di sini Kemunting Cina dikenali sebagai Jalang Kampung. Mmmm..sungguh '........' namanya

Tidak ramah berbunga bila saya letakkan di tempat yang kurang cahaya.

Lihat perbezaan bunga  ketika mula-mula beli sebulan yang lalu. Meriah!

Ini pun tanaman round kedua setelah lama berlalu. Tahi ayam renek.

                                           Suka tengok bunganya yang putih comel.




Sunday 20 April 2014

Lily Langkawi

Kebanyakan orang tempatan mengenalinya sebagai bunga bawang. Jarang yang memanggilnya Lily. Dua warna yang popular ialah peach dan oren. Di Langkawi pokok ini mudah di dapati di mana-mana saja dan ia jarang menjadi kesayangan pun. Tidak seperti Tecoma, Lily tidak  pernah dinanti musimnya dan kehadirannya pun  tidak meninggalkan  sebarang kesan. Mungkin kerana selamanya disini dia di anggap bunga biasa cuma. Tiada nilai komersil.



Di musim panas pemandangan sebegini cuma biasa-biasa saja di Langkawi. 

Boleh lihat ia berkembang dimana-mana ceruk dan kawasan. 
 Bagi saya ia sangatlah cantik tapi jarang amat dengar orang memujinya.

 Ini tumbuh di tanah terbiar di tepi pantai. Beratus pokok. Tidak bertuan...siapa-siapa boleh ambil.

Alangkah cantiknya sekirannya landskap di Langkawi ini ditanam dengan pokok-pokok ini. Bayangkan,  bagaimana meriahnya warnanya nanti  bila tiba musim berbunga !


Thursday 17 April 2014

Bila Gajah Berbunga..

Benarkah..?

Saya berkata begitu kerana nama pokok ini ialah Elephant Creeper  Ini ialah bunga pertama kembang tiga hari yang lalu.

 Bentuk daunnya besar dan lebar seakan telinga gajah,. Saya rasa kerana itu lah pokok yang asalnya dari India ini di kaitkan namanya dengan binatang tersebut..

 
Atau mungkin juga sulurnya yang seakan belalai..

 Empat tahun lepas, saya pernah menghapuskan kesemua pokok yang ada kerana ia terlalu rimbun dan menyempitkan ruang laman saya yang sememangnya sempit.

Kemudian bila saya rasa kehilangan, saya beli dan tanam semula kerana saya memang suka melihat pokok ini. Bukan saja kerana warna bunganya yang terang

 Malah kepompong bunganya pun cantik..

Juga batang sulurnya pun gebu dan silky.. 

 Boleh kata keseluruhan pokok ini memang cantik walaupun tanpa bunga.

     Pun begitu saya tidak tanamnya dirumah tapi biarkan ia menjalar di pagar homestay jiran sebelah

Wednesday 16 April 2014

Sebelum Waktu...

Jambu air saya mula berbunga kembali setelah hampir enam bulan berpuasa akibat mencantasnya kerana terlampau subur dan tinggi.

Berbunga di musim panas...

Dan membesar di musim hujan tidak menjanjikan apa-apa kelebihan...

    Bila saya dapati jambu air yang belum cukup matang ini berguguran ketanah dua hari lepas. Petanda yang tidak molek.


     Walaupun di bungkus tapi itu tidak menghalang lalat buah  untuk bersarang di dalamnya. Mungkin telah di cucuk sedari putik lagi.

Antara yang terselamat....

      Walaupun belum cukup matang tapi saya mengambil keputusan untuk memetiknya juga.

Lebih baik dari bertambah buruk dan gugur ketanah.

 Bergambar sebelum di edarkan......