Friday 31 January 2014

Tatkala Kemboja Berbunga

Cantik juga rasanya bunga kemboja ini walaupun kelopaknya bersaiz kecil. Ini adalah bunga asal yang putiknya ada dihujung batang tatkala saya mengambilnya di rumah kawan akhir bulan lepas. Selama tanam, putik bunga tidak kecut, perlahan-lahan membesar sehinggalah kelmarin mulai berkembang.
Sebenarnya kemboja jenis ini banyak di tanam di Langkawi. Saya tidak berapa minat jenis yang ini kerana kelopaknya kecil, tapi tanam juga untuk menambahkan koleksi. Kasihan, selalunya yang tidak peduli itulah yang nak menunjukkan kasihnya kepada kita...walaupun baru sebulan saja tanam, berbunga juga dia...











Thursday 30 January 2014

Peserta Terakhir

Ini kisah dua minggu yang lalu. Ketika saya mengambil keputusan untuk menghapuskan tinggalan saki baki pokok morning glory kerana sudak tidak lagi produktif. Pasu tersebut akan digunakan untuk semaian benih baru. Ketika menarik-narik daun, saya terlihat satu putik bunga yang baru nak berkembang. Warnanya kelihatan cukup pudar. Hati saya berdetik eh, heavenly blue ke atau kuning, sebab sampai sudah kedua-dua warna itu tidak muncul. Cuma Scarlet saja yang mendominasi carta. Jadi saya ambil keputusan, simpan sampai esuk, tengok warna apa yang muncul...Di luar dugaan, warna lain pula yang timbul..


                  Light Pink, saya tak rasa pula saya order warna ini dari Diana dan Seedandothers...

Bila bunga layu, saya berharap saya akan dapat benih yang satu ini tapi kecewa, benih tak menjadi pun...Tak ada waris lah dia...































Monday 27 January 2014

Dari Utara ke Selatan

Tidak pernah terpikir pula selama ini pokok-pokok saya akan berjalan keluar daerah sejauh ini. Dari Utara ke Selatan. Seronok dapat mengenali dan berbakti pada rakan-rakan yang sealiran. Semuanya bermula melalui medan blogging. Info, pengalaman dan sokongan dari rakan telah menyemarak semangat juga membantu saya dalam meningkatkan ilmu pengkebunan.

 Ati-Ati dan Portulaca menunggu masa untuk di kotakkan. Untuk kesegaran berpanjangan saya rendamkan sebentar dalam air batu.


               Pemilihan bunga di buat sewaktu sedang kembang penuh. Senang nak tengok warnanya.


         25/1/14 pos. Pagi 26/1/14 dah sampai. Semuga bunga-bunga saya bahagia ditempat barunya.













Friday 24 January 2014

Fish Farm Landscape

 Saya bukan pilih kasih tapi memang suka sangat dengan landscape di restoran seafood yang terletak di tepi laut Penarak ini. Lain dari yang lain. Dari pemerhatian, pemilik memang gemar pada antic dan nature. Kelebihannya pada ruang kawasan yang luas, bersih dan nyaman dimana berlatar belakangkan laut yang luas membiru. Di penuhi  dengan structure kayu-kayuan  mati yang dihiasi tanaman orkid, bogak dan barangan antik, membuatkan ia kelihatan cukup kreatif dan berseni. Sebab itu pada setiap kali melayan grup lunch atau dinner, saya pasti shoot sudut-sudut yang menarik disini.



  


  
 



Thursday 23 January 2014

Cerita Tiga Bunga

Petunia merupakan salah satu dari bunga favourite saya. Sampai kini saya masih tercari-cari jenis yang biasa saya tanam dulu di mana ranting dan bunganya lebih banyak menegak ke atas, kurang mengurai. Dulu saya ambil pokok ini di Yooi. Rela pergi sejauh itu dengan motor bawa anak kecil lagi semata-mata nak dapatkan bunga ini. Selak-selak album saya terjumpa gambar di rumah sewa lama yang diambil ketika saat ia berkembang penuh. Dulu saya sentiasa menanam semula pokok ini agak tidak pupus. Belasan tahun juga bersama saya sehinggalah sekitar 2011 di rumah baru,  ianya pupus lansung akibat serangan siput mata jin yang memakan batang dan daunnya. 


Akhirnya setelah sekian lama, tahun lepas  saya membeli sepasu petunia warna ungu. Saya berharap agar benih atau pokok yang saya semai dari induknya akan jadi seperti petunia lama saya. Rupa-rupanya cubaan saya tak menjadi pun. Walaupun hidup subur ( gambar atas ) tapi tetap menjurai ke bawah.

Ini Cypress Vine yang saya beli dan juga hadiah dari Diana sedang galak berbunga. Setakat ini cuma warna pink yang keluar. Saya masih menunggu kalau-kalau ada warna merah dan putih. Sebab waktu beli dulu color random. Bunga ini merupakan salah satu dari bunga zaman kecil saya. Semasa bermain masak-masak kami selalu gunakan bunga ini untuk merahkan kuku.

Bunga Lily Amaryllis banyak terdapat di Langkawi. Musim panas begini, bunga-bunga ini boleh didapati di merata ceruk berkembang. Sebelah Air Hangat lebih banyak yang bewarna oren. Amaryllis saya ini terperuk di dalam rimbunan pokok melur. Memang terlindung sebab tu lambat berbunga. Sudah lama saya abaikan kelompok pokok2 ini. Yang buang pun banyak. Munkin kerana ia mudah didapati dan berkembang setahun sekali cuma ( pada musim panas ) jadi saya tidak berapa pedulikannya. Teringat 24 tahun yang lalu, sewaktu rumah kosong tanpa bunga, suami membawa saya ke Pantai Penarak sebelah dalam ( orang kampong panggil Ceruk ). Disitu bunga-bunga ini berkembang sepanjang persisiran pantai. Cantiknya...ala2 duk dinegeri orang putih lah pula. Menurut suami bunga-bunga ini masih ada lagi  disitu tapi tak banyak macam dulu akibat kesan pembangunan.

Monday 20 January 2014

Anggerik Langkawi

Walaupun mengkagumi orkid tetapi saya tidak mempunyai minat yang mendalam untuk koleksinya yang pelbagai itu. Tidak tahu kenapa, saya tidak pernah membeli walau sepasu pun pokok tersebut, kalau masih ada yang di rumah pun , adalah dari pemberian dari abang kandung dan abang angkat. Itupun kerana di dalam pasu, yang lain di atas tanah dari jenis vanda habis saya sedekahkan kepada rakan taulan sewktu nak berpindah dulu.
Di Langkawi satu ladang bagi tujuan penyelidikan usahasama penduduk tempatan dengan syarikat dari Taiwan sedang giat di usahakan di Jalan Padang Lunas berhadapan MRSM. Ia merupakan serampang dua mata kerana disamping menyelidik mereka juga membuka pada awam bagi tujuan produk pelancongan. Bagi penduduk Langkawi masuk adalah percuma. Jenis vanda hybrid mendominasi bunga2 di ladang. Saya sempat menyenap beberapa keping gambar semalam









Sunday 19 January 2014

Red Ginger / Alpinia Purpurata


Hari ini Cuti Sultan Kedah. Sakit pun 90% pulih. Kawan-kawan di sebelah sentiasa bagi sokongan moral untuk pulihkan semangat. Bercakap bab semangat , satu terapi pulihan yang cukup berkesan tentulah topik pokok bunga...kelebihan dan kelemahan saya, kawan-kawan cukup faham sangat. Hari ini selepas makan berkelah beramai-ramai di rumah Che Wa. Kami berempat pun mengatur acara. Antara dalam senarai, kemboja putih belakang stadium, nursery orkid yang baru di Jalan Padang Lunas..Tapi biasanya program kami selalu tersasar. Tak ikut itinenary....
Kami melencong ke KEDA. Pusing tengok kampong dan halaman orang. Di situ kami terlihat rimbunan Red Ginger / Alpinia Purpurata yang merah  berbunga di laman seorang penduduk. Amboi...masing-masing terliur tengok. Saya dulu ada pokok ni  tapi selalu abai2kan. Bila dah tiada rasa nakkkk ..lah pulak!
Stok tanah kami ambil berdekatan rumah. Mmmm...untuk pokok di bawahlah..
Ini lah hasil dan keputusannya. Kami berempat pulang happy dengan seorang segenggam pokok Red Ginger di tangan....berkat mulut ramah la tu! Tak tunggu lama. Balik terus masuk pasu.
                                

Saturday 18 January 2014

Make Over

Saya memang suka kelainan. Jadi saya ubahsuai tingkap bilik utama dari luar dengan bingkai kayu. Kemudian saya berfikir..cat luar pun patut tukar juga..
Bingkai ini saya khaskan untuk morning glory memanjat. Benih dari warna scarlet,ungu dan biru sudah pun tumbuh dan dalam proses pembesaran. Saya cuba-cuba bayangkan..wah tentu cantik bila tiba musim kembang. Merayap di tingkap dengan penuh warna warni...penuh ceria. 

Proses Pengecatan. Tender buka pada menantu sendiri...

Proses pembingkaian. Pun menantu dapat projek ni...

  
Tiba-tiba saya teringat pada pokok antigonon/air mata pengantin yang saya beli dua bulan lepas masih belum ada tempat yang sesuai untuknya. So..nak letak siapa ya, antigonon atau kembang pagi..?
 Akhirnya saya membuat keputusan meletakakkan air mata pengantin disitu.Bunga ini bagi saya cukup klasik dan penuh memori . Ia mengingatkan saya pada sebuah rumah yang sangat saya suka lihat sewaktu kecil dulu. Pagar kayunya yang bercat putih penuh dengan rimbunan bunga-bunga kecil warna pink tersebut.  Saya ingin sekali lagi melihat kuntum2 kecilnya kembang berjurai. Harap-harap ia sesuai di situ.

Friday 17 January 2014

Kering dan Kembang


Hampir lima hari siaran tergendala akibat saya jatuh sakit. Sampai waktu ini pun saya masih belum pulih 100%. Semuanya bermula pada hari mahu bertemu Diana yang bercuti di Tok Senik, Langkawi. Tiba-tiba awal pagi saya diserang gastrik, muntah dan cirit birit. Tiada tanda-tanda amaran lansung. Dalam masa lima hari saja , 2 kali saya di usung untuk rawatan, 3 botol masuk air  dengan ubat yang pelbagai. Sakitnya Tuhan saja yang tahu. Frust sungguh, tak sampai hajat di hati nak bersua dengan Diana. Jadi Che Wa dan Fuziah lah pergi sebagai wakil. Terima kasih dengan pemberian batang kemboja Bali. Waktu sakit, walau seteruk mana, antara dalam senarai penting yang selalu dibimbangi ialah pokok bunga..
Beginilah kalau harap pada anak dara kecil saya..pasu pecah, pokok kering,...paling terkejut pokok bali kuning 3 batang jadi sayur. Banyak mana dia siram tak tahulah. Mujur separuhnya Che Wa yang tolong uruskan. Untung ada kawan-kawan baik berdekatan sakit demam banyak yang membantu, terima kasih lah! 



Walaupun ada yang terabaikan kering, ada juga yang membuat persembahan terbaik.

Cypress Vine Diana dah berbunga..

                                                     Mempelam yang sedang lebat berbuah

Bendi yang tiba-tiba saja kelihatan. Sepatutnya nak post dalam entry jenguk kebun part 2. Tau2 dah berbuah banyak pun dia


Saturday 11 January 2014

Double Happiness

Sepanjang minggu ini saya agak sibuk. Macam-macam benda hendak di buat. Tapi dalam kesibukkan itu saya menemukan keriangan yang berganda. Syukur Alhamdulillah. Bermula dengan semalam, mendapat kembali file-file yang hilang dan di ikuti dengan pagi hari ini saya mendapat satu kejutan lagi..tidaklah sehebat mana, tapi hati tetap berbunga.. 

 
Dua dari tiga batang kemboja Bali merah dari Diana keluar putik bunga. Baru saja tanam daun pun baru nak tumbuh.  Betul kata Diana, kadang-kadang akar belum tumbuh bunga keluar dulu. Harap bunganya terus membesar dan kekal kembang.
Pergi beli pasu tengahari ini tapi jumpa petunia yang baru tiba semalam di Island Agrotech. Apa lagi...ambil saja la..


Thank You Lee Tat Ming!

Kalaulah Lee seorang perempuan, dah lama saya peluk dan cium dia. Terima kasih tak terhingga kepadanya yang selalu bersusah payah untuk saya, dah tentunya pasal computer. Dia adalah penyelamat saya, kerana sikapnya yang suka menolong tanpa mengira waktu dan keadaan. Tadi pun dia datang kerumah selepas balik dari hospital kerana pitam dek kepenatan bekerja tanpa rehat. Apa yang saya hendak cerita ialah mengenai kejadian 20hb Dec yang lalu dimana saya menyedari file2 saya dalam pendrive telah hilang. Pada waktu tu saya sedang posting kisah My Morning Glory. Frust teramat sangat kerana tiada siapa dapat membantu. Kisah ini saya papar kan dalam  - Boleh Kah....Waktu itu saya tidak boleh menganggu Lee kerana kerana assignmentnya terlalu padat. Terpaksa saya dapatkan khidmat kawan lain. Jawapan yang diberi amat mengecewakan. Tapi saya tidak berputus asa. Informasi internet mententeramkan jiwa saya. Siapa kata tidak boleh, ada cara tertentu untuk mendapatkannya. Harapan saya 100% kepada  Lee.
Akhirnya hari ini, dengan pertolongannya dan perisian RECUVA file2 yang hilang/terdelete 95% dapat di temui kembali. Wahh....seronok tak terkata, apalagi file yang paling saya sayang - KASPIN
boleh ditatap semula..
 
                                        Saat pertama kali menjadi ibu. Keletihan sampai terlena.


              18hb March 2013 Tiga beradik..Kastih, Kastam dan Kasbu telah selamat dilahirkan kedunia

Akhirnya kini cuma tinggal Kastih seekor. Dialah racun dialah penawar buat ibu. Kasbu dan Kastam meninggal ketika masing2 berumur lima dan tujuh bulan.

Friday 10 January 2014

Ati-Ati for Julie M

Mula-mula  tanam tahun lepas , saya ambil dari rumah kakak ipar. Sebenarnya saya tidak begitu berminat lalu saya letakkan di homestay sebelah rumah. Awal pertumbuhan tidak berapa cantik dan rimbun. Berbeza sangat dengan pokok kakak ipar yang subur, tinggi dan warnanya begitu menyerlah. Dek kerana permintaan yang tinggi, batangnya sentiasa dikerat. Dari situ pokok ini menjadi rendang, subur dan rimbun. Pada waktu inilah baru saya membuka mata melihatnya. Dah..jadi gila Ati-Ati la pula. Ini antara koleksi saya, Che Wa dan Fuziah. Tapi koleksi dari Che Wa lebih  menyerlah.

Generasi Pertama di homestay