Sunday 29 December 2013

Timur Sudah Datang

Musim timur..panas terik tanpa hujan, angin sejuk dingin waktu malam..Sesekali bila tersapa dengan angin timur, bagai terasa suasana waktu zaman kecil dulu. Musim ini padi masak menguning, saya selalu berlarian kebendang bersama adik dan abang mencari ikan di lopak yang hampir kering. Bila senja mendatang, sama-sama melihat sunset dihujung bendang. Bulat merah menyala. Tergantung di kaki langit, besar macam bola Gukup indah pemandangan waktu itu...Aiiii...sentimental la pula. Nostalgia.
Apapun, musim timur sekarang di laman saya tidak ada semua di atas kecuali bahangnya yang membakar sesetengah pokok yang tiada pelindung. Apalagi pokok jambu air yang menjadi payung selama ini telah di tebang separuh. Cahaya matahari petang memanah terus kepokok diruang yang terbuka.  Terpaksalah saya melindungi mereka dengan cara sendiri.







2 comments:

  1. Sejuk malamnya kena pakai blazer ke Kak Mala?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan sejuk la Diana. Panas. Sekarang musim panas. Habis pokok lecur daun.

      Delete