Tuesday 31 December 2013

Langkawi Nursery - 8

Carcosa, rasanya begitulah nama nursery ini. Walaupun kecil banyak pilihan pokok ada dijual. Dahulu nursery ini terletak di Jalan Lubuk Hantu. Besar nursery disitu. Patutlah dua bulan lepas masa saya pergi ke lokasi lama cari tak jumpa. Rupa2nya sudah lama  ditutup. Sekarang lokasinya bertentangan dengan Mahkamah Langkawi berjiran dengan satu kedai makan. Sudah beberapa kali kesini membeli bunga tapi selalu lupa nak ambil gambar. Bila dah set hari, usung camera besar, Zana tak buka kedai pula. Jadi setelah beberapa hari tertangguh akhirnya dapat juga saya post kisahnya disini.





Ada dua jenis kemboja baru berkembang. Sama cantik dengan harga...





4 comments:

  1. Salam Kak Mala.

    Sorry lama tak hantar khabar berita email belum dibalas.
    Sibuk dengan urusan persekolahan anak-anak, first-timer parents jadi blur-blur sikit.
    Seramnya nama jalan tu.
    Langkawi pun banyak nursery ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Langkawi walaupun kecil tapi ada banyak juga nursery sebab permintaan pokok untuk landscape hotel2 yang banyak disini tapi pokok2 hiasan komersil tak banyak pilihan sangat. Selamat bersekolah lah ya..nanti ke Langkawi kalau di izikan insya Allah berjumpa.

      Delete
  2. Assalamualaikum kak Mala, cantik sangat la pokok asam batu tu, kakak ada tanam ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. sorry baru tengok komen. Kak tak banyak koleksi asam batu ni. Gambar kat atas gamabr ambil kat nursery.

      Delete